Humor, aksi, fantasi

Foto saya
Oka adalah nama watak utama siri komik pengembaraan fantasi ini. Selepas terlibat dalam suatu kemalangan, baru Oka tahu yang dia ada kuasa ajaib. Nenek Oka kata dia bukan manusia. Oleh itu, Oka telah membuat keputusan untuk mencari ahli sihir tua yang tinggal di arah matahari terbenam untuk membongkar identiti sebenarnya. Dari situlah bermulanya satu perjalanan yang menarik.

Jumaat, 30 Mac 2012

Canon



Canon, dewi yang mendapat kasih sayang daripada Tuhan lebih daripada orang lain. Canon dipertanggungjawabkan untuk berdoa di dalam vihara demi keamanan dan kesejahteraan orang ramai. Pada suatu hari, ketua pencuri yang bernama Teo telah membawa Canon lari dari vihara. Hal ini telah menyebabkan pengawal peribadi Canon, Tuan Sense terpaksa mengikut mereka demi melindungi Canon. Maka, bernulalah sebuah pengembaraan!!!

Selasa, 21 Februari 2012

Real Island



Selepas berlaku kemusnahan di Negara Mimpi, tempat terletaknya bangunan sakti telah menjadi titik permulaan buruk kepada semua rakyat REAL ISLAND. Satu-satunya cara untuk membatalkan sumpahan ini adalah dengan mencari kembali tiga barang penting yang hilang dari Negara Mimpi. Maka, dua adik-beradik kembar, Riss dan Kriss iaitu pewaris Negara Mimpi telah memulakan pengembaraan untuk mencari ketiga-tiga barang penting yang hilang itu.

Rabu, 15 Februari 2012

Miracle Days




Mick tertarik kepada seorang gadis yang sering dilihatnya di dalam LRT. Namun begitu, dia tidak berani hendak menegur gadis itu. Justeru, rakan baiknya, Neak mencadangkan supaya dia berjumpa dengan tukang tilik. Adakah cintanya akan berjaya atas keajaiban tukang tilik itu atau berkat usahanya sendiri?

Selain itu, buku ini turut menyelitkan sebuah cerita pendek yang bertajuk "Cinta Harapan".


Dapatkan komik ini di kedai buku MPH yang berhampiran dengan anda!

Selasa, 10 Januari 2012

Penamat Siri "Finding My Love"

Kawan-kawan sudah baca komik "Finding My Love #1"



dan "Finding My Love #2"?




Ketahui penamat kisah cinta Foam dalam

"Finding My Love #3".



Akan terbit tidak lama lagi (^___^)

Jumaat, 2 Disember 2011

Karnival MPH 2011



Tarikh: 8-12 Disember 2011
Tempat: Mid Valley Exhibition Centre
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam


Temui kami di gerai bernombor 1027 :)

Khamis, 24 November 2011

The Forbidden Gates @ Cinta Nirwana

Tae dan Fahsai ialah pewaris yang memiliki kuasa untuk membuka dan menutup pintu ke dunia nirwana. Pengembaraan untuk memperbaiki dan menyiasat asal usul kuasa ini telah menjadi titik permulaan kepada kesan tindakan yang dilakukan oleh nenek moyang mereka dahulu.




Mari menerokai penamat kepada kisah cinta dan pengembaraan di dunia nirwana. Apakah kesudahan kepada Tae dan Fahsai, pewaris yang berkuasa membuka pintu ke dunia nirwana?

Jumaat, 21 Oktober 2011

Festival Buku Kanak-kanak 2011




Tarikh:

27 Oktober - 2 November


Waktu:

9.00 pagi - 6.00 petang



Tempat:

Perpustakaan Kuala Lumpur



Gerai:

No. 29



Jangan ketinggalan mendapatkan komik-komik dan novel-novel menarik di gerai kami!